Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(36)
Tarikh : 8 September 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
BULETIN MAKLUMAN AKUAN TERIMA BAGI PINDAHAN ASET DI MODUL PERAKAUNAN ASET iGFMAS
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan sejak akhir-akhir, pihak Modul Aset , BPTM JANM telah menerima banyak isu SOLMAN mengenai dokumen pindahan aset masih berada di Senarai Tugas Harian (STH) pegawai yang membuat AKUAN TERIMA walaupun tindakan telah diambil ke atas dokumen tersebut. Berdasarkan semakan BPTM, hal ini berlaku kerana pegawai AKUAN TERIMA telah menutup skrin portal iGFMAS sebelum mesej dokumen berjaya diluluskan diperolehi.
3. Mohon pegawai yang membuat AKUAN TERIMA perlu memastikan mesej seperti di bawah diterima sebelum menutup skrin di portal iGFMAS apabila membuat tugasan AKUAN TERIMA.
“No. Dokumen Kawalan 21XXXXXXXX berjaya dijana”
“No. Dokumen berjaya diluluskan”
“Dokumen Ini TELAH BERJAYA ditandatangani secara digital oleh AKUAN TERIMA”
4. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Aset JANM Perak secara emel di alamat
Sekian, terima kasih
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK