rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5Jld1(29)
Tarikh : 25 Ogos 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN SISTEM iGFMAS BAGI BULAN OGOS 2021

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Untuk makluman, semua Jabatan dan Pusat Tanggungjawab adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga ke proses Perakuan 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 Ogos 2021 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.

3.    Sehubungan dengan itu, Proses Perakuan 2 adalah TIDAK DIBENARKAN pada 30 Ogos 2021 bermula dari jam 12.01 tengah hari sehingga 31 Ogos jam 11.59 malam. Proses perakuan 2 hanya boleh dilaksanakan semula bermula pada 1 September 2021.

4.    Kerjasama daripada pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam mematuhi arahan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK