Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(34)
Tarikh : 8 Julai 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
PENYEDIAAN TEMPLATE PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) SECARA SUKUAN TAHUN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dan Buletin JANM Perak ANM.PK.UPA/600-1/1/3(30) bertarikh 16 April 2021 adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, bagi PTJ Pembayar yang mempunyai Aset Dalam Pembinaan (AUC), PTJ pembayar hendaklah melakukan Pemantauan AUC (kod Akaun A20XXXXX) yang telah siap dibina, diselesaikan ke kod akaun Hartanah, Loji dan Peralatan (Kod Akaun A14XXXXX). Sila rujuk surat JANM.BPOPA.600-1/4/1(12) bertarikh 9 November 2020.
3. Oleh itu, PTJ Pembayar hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :
i. Melengkapkan maklumat pada templat pemantauan AUC Versi 2.0 (Lampiran 2) secara sukuan tahun dan mengambil tindakan berdasarkan Carta Alir Tanggungjawab Penyediaan Template Pemantauan Aset Dalam Pembinaan (AUC) (Lampiran 3);
ii. menghantar template AUC secara sukuan tahun ke Unit Pengurusan Aset JANM Perak di alamat emel
iii. mengambil tindakan pelarasan / pembetulan / penyelesaian AUC (jika berkaitan) bagi memastikan pelaporan Aset Bukan Kewangan adalah tepat.
4. Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada
Bil | PIC UPA | No Telefon |
1. | Encik Mohd Rashidi Bin Ahmad Nizam | 05-2462192 |
2. | Encik Puvaneswaran a/l Ayavoo | 05-2462187 |
Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
LAMPIRAN BULETIN BIL 34 - PENYEDIAAN TEMPLATE PEMANTAUAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) SECARA SUKUAN TAHUN