rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ruj Kami : ANM.PK.D/600-1/9JLD2(24)
Tarikh : 04 JUNE 2021


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

PERINGATAN : PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN (GOODS / SERVICES RECEIVESNOTES (GRN) / FULLFILLMENT RECEIPT NOTES (FRN) KOD AKAUN L1312959 YANG MASIHBELUM DISEMPURNAKAN PEMBAYARAN BAGI TEMPOH1 FEBUARI HINGGA 15 MEI 2021

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan SPANM Bilangan 7 Tahun 2018 - TatacaraPengurusan Bayaran adalah berkaitan.

2.     Hasil semakan di Laporan L1312959 Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan (FRN/GRN)mendapati masih terdapat transaksi yang belum dibuat pembayaran melebihi tempoh 30 hari dari tarikhbarang / perkhidmatan diterima oleh pihak tuan. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memberi perhatian serius dan memastikan kesemua penerimaan bekalan dan perkhidmatantersebut dibuat pembayaran dengan kadar SEGERA.

3.     Bersama-sama ini disertakan senarai PTJ dan maklumat penerimaan bekalan dan perkhidmatan(FRN/GRN) yang masih belum disempurnakan pembayaran dari 1 Febuari hingga 15 Mei 2021 seperti di Lampiran. Turut disertakan tatacara bagi menyemak Nombor Pesanan Tempatan di portal iGFMAS untuk tindakan dan pemantauan oleh pihak tuan.

4.     Bagi memudahkan semakan senarai PTJ masing-masing, sila rujuk ruangan Functional Area dan pilih nombor PTJ masing-masing (filter). Pihak tuan juga dimohon untuk memberikan maklum balas ke atas emel ini Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi mendapatkan status terkini sebelum atau pada 10 Mei 2021, Khamis.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

Saya yang menjalankan amanah,

Unit Pengurusan Dana
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak
No. Telefon : 05-2462100 ext 157


Surat Peringatan dan Pemantauan Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan kod akaun L1312959

PTJ di bawah seliaan AO Perak yang masih belum menyempurnakan Nota Penerimaan Bayaran Dan Perkhidmatan GRN FRN sehingga 15 Mei 2021

SENARAI PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN FRN GRN YANG MASIH BELUM DISEMPURNAKAN PEMBAYARAN LEBIH 14 HARI SEHINGGA 15 MEI 2021

Tatacara Menyemak No. Pesanan Kerajaan GRN FRN di Portal iGFMAS