faq hubungi-kami  aduan   peta-laman

Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(30)
Tarikh : 16 April 2021

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan,

PEMANTAUAN PELARASAN ASET DALAM PEMBINAAN (AUC) OLEH PUSAT TANGGUNG JAWAB (PTJ) PEMBAYAR

Dengan segala hormatnya merujuk perkara diatas dan emal makluman dari Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM BPOPP) BPOPP/SPO (Emel)/2021 (56) bertarikh : 26 Februari 2021 adalah berkaitan.

2.     Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, bagi PTJ Pembayar yang mempunyai Aset Dalam Pembinaan (AUC), PTJ pembayar hendaklah melakukan Pemantauan AUC (kod Akaun A20XXXXX) yang telah siap dibina, diselesaikan ke kod akaun Hartanah, Loji dan Peralatan (Kod Akaun A14XXXXX). Sila rujuk surat JANM.BPOPA.600-1/4/1(12) bertarikh 9 November 2020 dan Lampiran D – Contoh Format Pemantauan AUC.

3.     Oleh itu, PTJ Pembayar hendaklah mengambil tindakan seperti berikut :

i. Melengkapkan maklumat pada templat pemantauan AUC (Lampiran D) secara sukuan tahun.
ii. menghantar template AUC secara sukuan tahun ke Unit Pengurusan Aset JANM Perak di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. berdasarkan tarikh yang ditetapkan di Jadual 1 – Jadual Penghantaran Templet Pemantauan AUC Secara Sukuan Tahun oleh PTJ Pembayar.
iii. mengambil tindakan pelarasan / pembetulan / penyelesaian AUC (jika berkaitan) bagi memastikan pelaporan Aset Bukan Kewangan adalah tepat.

4.     Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau berhubung dengan Person In Charge (PIC) AUC di Unit Pengurusan Aset JANM Perak (UPA) seperti berikut :

Bil PIC UPA No. Telefon
1. Encik Mohd Rashidi Bin Ahmad Nizam 05-2462192
2. Encik Puvaneswaran a/l Ayavoo 05-2462187
5.     Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"

UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK


Lampiran D - Contoh Format Pemantauan AUC

Tatacara Penyediaan Penyesuaian Baki Aset Alih dan Pemantauan Aset dalam Pembinaan di Pejabat Perakaunan