Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(32)
Tarikh : 4 Jun 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
TATACARA PENENTUAN KOD AKAUN HARTANAH, LOJI DAN PERALATAN (HLP), INVENTORI DAN BELANJA SERTA CARTA ALIR PENENTUAN KOD AKAUN BAGI PEROLEHAN LESEN PERISIAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi (BPOPA), JANM Putrajaya telah menyediakan Tatacara Penentuan Kod Akaun Hartanah Loji dan Peralatan (HLP), Inventori dan Belanja seperti di Lampiran 1 dan Carta Alir Penentuan Kod Akaun Bagi Perolehan Lesen Perisian adalah seperti di Lampiran 2.
3. Tatacara dan Carta Alir ini diterbitkan bertujuan memberikan panduan am kepada Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggungjawab dibawahnya dalam memperakaunkan perolehan aset alih dan perolehan lesen perisian. Tatacara dan Carta Alir ini perlu dibaca bersama dengan polisi dan dasar sedia ada yang berkuatkuasa seperti berikut :
i. Polisi Perakaunan Akruan
ii. Manual Perakaunan Akruan (MPA)
iii. Manual Operasi Perakaunan Akruan (Dahulu dikenali sebagai SOP Day 2)
iv. Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS)
v. Pekeliling Perbendaharaan
vi. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM)
vii. Arahan Operasi dari semasa ke semasa
4. Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan juga boleh mengakses Tatacara dan Carta Alir ini secara atas talian di pautan www2.anm.gov.my mulai 4 Jun 2021. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Aset JANM Perak secara emel di alamat
Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
Lampiran 1 - Tatacara Penentuan Kod Akaun Hartanah Loji dan Peralatan (HLP), Inventori dan Belanja
Lampiran 2 - Carta Alir Penentuan Kod Akaun Bagi Perolehan Lesen Perisian