Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld 1(15)
Tarikh : 28 Mei 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan
PERINGATAN BULANAN: SEMAKAN BULANAN MODUL PESANAN KERAJAAN DAN PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN DI SISTEM i-GFMAS DAN e-PEROLEHAN YANG MASIH BELUM DISELESAIKAN OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB ATAU JABATAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan arahan pemantauan operasi pejabat perakaunan, adalah menjadi kewajipan semua jabatan untuk memastikan semakan dibuat ke atas modul Pesanan Kerajaaan (PO) dan Penerimaan Bekalan dan Perkhidmatan (FRN-eP)/(GRN-iGFMAS) yang masih belum selesai sehingga ke peringkat pembayaran. Jabatan dan Pusat Tanggungjawab boleh membuat semakan status di bawah modul berikut :
- Laporan Pesanan Kerajaan (semua status)
- Laporan Tanggungan Belum Selesai Pesanan Kerajaan
- Laporan Terperinci Pesanan Kerajaan yang telah lengkap.
4. Ketidakpatuhan pemantauan akan memberikan implikasi kepada laporan Pejabat Perakaunan dan juga kepada PTJ di mana baki peruntukan jabatan tidak dapat digunakan secara optimum.
Sekian, terima kasih.
UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK