Ruj. Kami : ANM.PK.UPA/600-1/1/3(28)
Tarikh : 1 April 2021
Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
PENYEDIAAN PENYATA PENYESUAIAN BAKI ASET ALIH SECARA SUKUAN TAHUN
Surat makluman JANM.BPOPA.600-1/4/1 (19) bertarikh 16 Mac 2021 - Penyediaan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih Secara Sukuan Tahun adalah dirujuk berkenaan perkara di atas.
2. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, aset alih di iGFMAS diperakaunkan berdasarkan MPSAS dan Polisi Perakaunan Akruan yang berkuatkuasa, manakala Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) direkodkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan. Pejabat Perakaunan telah ditugaskan untuk memastikan aset alih diperakaunkan dalam iGFMAS dengan tepat dan lengkap. Bagi memastikan aset alih ini diperakaunkan dengan tepat, Pusat Tanggung Jawab (PTJ) Dipertanggung adalah diminta untuk menyediakan Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih (PPAA) Secara Sukuan Tahun di antara baki aset alih di Sistem iGFMAS dan di SPPA
3. Oleh itu, PTJ Dipertanggung hendaklah menyedia dan menghantar PPAA Secara Sukuan Tahun selepas penutupan akaun akhir bulan Mac, Jun, September dan Disember seperti di Jadual 1 – Jadual Penghantaran Penyata Penyesuaian Aset Alih Secara Sukuan Tahun oleh PTJ Dipertanggung. PTJ dikehendaki menghantar PPAA secara emel softcopy Templete PPAA (secara excel) dan Penyata Penyesuaian yang telah lengkap ditandatangan Pegawai Penyedia dan Pegawai Pengesah (secara pdf) ke
a) Lampiran 1 - Templete Penyata Penyesuaian Baki Aset Alih; dan
b) Lampiran 2 - Panduan Pengisian Templat Penyesuaian Baki Aset Alih di SPPA dan IGFMAS Versi 2;
4. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Pengurusan Aset JANM Perak seperti di Lampiran 3 – Senarai PIC UPA Perak atau emel ke
Sekian, terima kasih
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"Inovasi Digital Pemacu Prestasi Unggul"
UNIT PENGURUSAN ASET
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK