Ruj.Kami : ANM.PK.G/ 600-1/1/2 Jld.4(25)
Tarikh : 16 Disember 2020
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
JADUAL DAN PANDUAN INPUT GAJI PEGAWAI BERGAJI HARI (DAILY RATED) MELALUI SISTEM iGFMAS MODUL HCM BAGI TAHUN 2021
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, dilampirkan Jadual 1 dan panduan input gaji pegawai bergaji hari (Daily Rated (DR)) bagi tahun 2021 melalui sistem iGFMAS modul HCM. Tempoh tindakan input oleh PTJ hanya 1 hari sahaja. Sila pastikan tarikh yang telah ditetapkan seperti di Jadual 1 dipatuhi bagi memastikan kelancaran proses larian gaji DR.
3. Dilampirkan Lampiran A - Panduan Input Gaji Daily Rated (DR) untuk tindakan Jabatan/PTJ. Tuan/puan hendaklah memastikan tiada pembayaran dibuat secara Arahan Pembayaran di Portal iGFMAS sekiranya tuan/puan memilih pembayaran gaji DR melalui modul ini.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
JADUAL DAN PANDUAN INPUT DAILY RATED 2021