Ruj. Kami : ANM.PK.G/ 600-1/1/2 Jld.4(22)
Tarikh : 8 Disember 2020
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI BAGI TAHUN 2021
Dengan segala hormatnya merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertajuk Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2021.
2. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan:-
2.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021; dan
2.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.
3. Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.
4. Bersama-sama ini dilampirkan pekeliling tersebut untuk makluman awal kepada semua PTJ. Jadual Input Gaji Modul HCM Peringkat PTJ bagi Tahun 2021 akan disusuli kemudian.
5. Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA