PENYELESAIAN SEGERA
Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-1/9JLD1(79)
Tarikh : 01.12.2020
Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Tuan / Puan,
STATUS PENERIMAAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN (GRN/FRN) UNTUK TINDAKAN SEBELUM PENUTUPAN AKHIR TAHUN 2020 BAGI MENGELAKKAN KUIRI AUDIT
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Berdasarkan kepada blast BPOPP pada melalui emel Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2020 (262) bertarikh : 24 November 2020, terdapat status GRN/FRN yang masih belum diambil tindakan oleh pihak PTJ sehingga 30 November 2020. Seperti yang tuan/ puan sedia maklum, GRN/FRN - L1312959 hendaklah berbaki sifar pada akhir tahun dimana bayaran hendaklah disempurnakan kerana barang telahpun diterima.
3. Dipohon kerjasama PTJ yang terlibat untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan baki GRN/FRN bagi data bulan November dan Disember 2020 berdasarkan SPANM PAT 2020. Sila rujuk rakaman video serta slide pembentangan PAT melalui Portal Rasmi JANM Negeri Perak.
4. Dikemukakan bersama lampiran status GRN/FRN sehingga 30 November 2020 untuk disempurnakan oleh PTJ.
5. Kerjasama dan perhatian SEGERA daripada pihak PTJ berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana
JANM Negeri Perak