PERINGATAN BULANAN: PROSES PERAKUAN 2 DI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN DI SISTEM iGFMAS BAGI BULAN SEPTEMBER 2020
Dengan hormatnya perkara di atas di atas adalah dirujuk.
2. Semua PTJ adalah diingatkan untuk memastikan semua urusniaga Arahan Pembayaran dilaksanakan sehingga Peraku 2 sebelum jam 12.00 tengahari pada 30 September 2020 bagi membolehkan Pejabat Perakaunan melaksanakan proses larian bayaran pada hari yang sama.
3. Proses perakuan 2 TIDAK DIBENARKAN dibuat di PTJ bermula dari jam 12.31 tengahari pada 30 September 2020 sehingga 11.59 malam pada 30 Sepember 2020. Proses Perakuan 2 hanya boleh diproses pada 1 Oktober 2020.
4. Mana-mana jabatan yang GAGAL untuk mematuhi arahan ini perlu mengemukakan surat untuk tunjuk sebab kepada JANM Perak dengan kadar segera.