Ruj.Kami : ANM.PK.600-3/1/1( 5 )
Tarikh : 9 September 2020
Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,
TANGGUNGJAWAB MELULUS PERMOHONAN PEMUSNAHAN REKOD BERKAITAN PENGURUSAN DOKUMEN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN PUSAT TANGGUNGJAWAB.
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 April 2020 kelulusan permohonan Pemusnahan Rekod Kewangan dan Perakaunan adalah di bawah seliaan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Perak. PTJ tidak perlu menghantar permohonan kepada Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD) selaras dengan surat arahan dari Akauntan Negara Malaysia no.ruj: JANM.BPAD.600-18/1/1(25) bertarikh 28 Februari 2020 yang menyatakan bahawa kelulusan permohonan adalah di bawah tanggungjawab Pejabat Perakaunan.
3. Sehubungan dengan itu, semua PTJ hendaklah mengemukakan permohonan lengkap kepada JANM Perak beserta sesalinan Surat Kebenaran Pemusnahan daripada Ketua Pengarah Arkib Negara dan Surat Kelulusan Pemusnahan daripada Ketua Audit Negara Negeri Perak mengikut Tatacara Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan yang berkuatkuasa. Tuan boleh merujuk kepada Jadual Pelupusan Rekod Kewangan Dan Perakaunan yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang Arkib Negara Malaysia (www.arkib.gov.my).
4. Mohon kerjasama semua PTJ untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan dan segala kerjasama yang diberikan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK
MUAT TURUN: