Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman, terdapat pindaan JADUAL 1- Jadual Proses Gaji iGFMAS Daily Rated (bagi Pekerja Sambilan Harian) Bagi Tahun 2020 bagi bulan Julai hingga Disember 2020 berikutan dengan perubahan polisi berkaitan penghantaran dana gaji untuk pembayaran gaji oleh pihak ibu pejabat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
3. Dilampirkan Lampiran A - Panduan Input Gaji Daily Rated (DR) yang telah dikemaskini untuk tindakan Jabatan / PTJ. Tuan/puan hendaklah memastikan tiada pembayaran dibuat secara Arahan Pembayaran di Portal iGFMAS sekiranya tuan/puan memilih pembayaran gaji DR melalui modul ini.
Sekian, terima kasih.
UNIT GAJI
BULETIN PINDAAN JADUAL DAN PANDUAN INPUT DAILY RATED 2020