rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman
Ruj. Kami: ANM.PK.D/600-2/5(36)
Tarikh: 4 Jun 2020

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/Ketua Pusat Tanggungjawab
YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan
 

PENTING: TATACARA TERIMAAN BAGI PEMBAYARAN SECARA ATAS TALIAN (EFT).

 

Semua pejabat pemungut dikehendaki untuk mematuhi peraturan seperti dibawah bagi terimaan secara Electronic Fund Transfer (EFT):-

a. Perihal bayaran: Memaklumkan kepada pihak pembayar untuk mencatatkan perihal bayaran bermula dengan kod kumpulan PTJ diikuti dengan keterangan pembayaran (maklumat penting untuk rujukan PTJ seperti no.bil,invois).

 

                                                    ( Contoh :  27020801 /      U123425        Sewa Bulan 4 ABC Enterprise )
                                                                     (Kod PTJ)     (No.bil/Invois)         (Tujuan pembayaran)

 

b. Notifikasi Pembayaran : Memaklumkan kepada pihak pembayar untuk menghantar notifikasi pembayaran dengan kadar segera kepada PTJ selepas pembayaran dibuat. Sila pastikan emel notifikasi dihantar kepada pegawai yang menguruskan terimaan agar penyaluran maklumat adalah tepat. Kegagalan penghantaran notifikasi pembayaran akan menyebabkan terimaan hasil tersebut tidak diperakaunkan dengan segera selaras dengan arahan yang berkuatkuasa.

 

c. Pengesahan JANM Perak : PTJ perlu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan ini (Unit Terimaan) sebelum menyediakan resit dan penyata pemungut setelah notifikasi pembayaran diterima daripada pihak pembayar Sebarang pertanyaan boleh rujuk kepada pegawai di Unit Terimaan melalui email kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Sekian, terima kasih.

 

UNIT PENGURUSAN DANA (TERIMAAN)
JANM NEGERI PERAK
03 JUN 2020