PEMBERHENTIAN SEMENTARA PROSES PINDAHAN DAN PELUPUSAN ASET MELALUI MODUL PERAKAUNAN ASET PUKAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, lanjutan daripada isu teknikal pindahan dan pelupusan aset melalui modul perakaunan aset pukal (AA Mass), adalah dimaklumkan bahawa penggunaan modul tersebut dihentikan buat sementara waktu bagi mengelakkan kegagalan yang berulang. Buat masa ini, adalah dicadangkan pindahan dan pelupusan dilaksanakan menggunakan proses biasa (single).
3. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”