Semua Ketua Jabatan Persekutuan /Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
MAKLUMAT TRANSAKSI PUKAL ASET (MASS PROCESSING)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Y.Bhg. Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan, buat masa ini templat mass processing adalah terhad kepada 50 ID aset sahaja per templat untuk setiap posting yang hendak diupload. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama dari pihak PTJ untuk mengawal bilangan ID dalam setiap templat.
3. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi”
NEGERI PERAK