faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Ruj.Kami : ANM.PK.A 600-1/8 ( 22 )
Tarikh : 04 Disember 2019

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Pusat Tanggungjawab

Tuan,

PENYEDIAAN SIJIL PERAKUAN PANJAR WANG RUNCIT AKHIR 2019

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Mengikut AP113(f) telah menyatakan bahawa ;

Pada penghujung tahun semua Pemegang Panjar hendaklah mengemukakan satu salinan Sijil Perakuan Panjar bersama-sama rekupmen terakhir bagi tahun tersebut kepada Akauntan Negara dengan satu salinan kepada Ketua Audit Negara. Sijil Perakuan PWR perlu dikemukakan bersama-sama rekupmen akhir ke Pejabat Perakaunan di mana rekupmen dibuat dan apungan berada.

2. Oleh itu bagi tujuan tersebut, semua Pemegang Panjar Wang Runcit di PTJ diminta untuk mengemukakan dua (2) set dokumen Sijil Perakuan Panjar seperti berikut :

i. Sijil Perakuan Panjar, Lampiran I dan Lampiran II bertarikh 31 Disember 2019;

ii. Salinan dokumen Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar (Terakhir) (dicap / ditulis Rekupmen Terakhir) dan disahkan; dan

iii. Buku Wang Runcit

3. Dokumen tersebut perlu dikemukakan kepada Unit Akaun JANM Negeri Perak selewat-lewatnya pada 3 Januari 2020 (Jumaat).

4. Untuk makluman, Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit boleh dicetak mulai 31 Disember 2019. Sebarang transaksi panjar bagi tahun kewangan yang baru hanya boleh dibuat setelah Sijil Perakuan Panjar Wang Runcit pada 31 Disember 2019 dicetak.

5. Bersama-sama ini disertakan tatacara untuk menyediakan Sijil Perakuan Panjar sebagai rujukan tuan.

6. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh berhubung dengan pegawai di Unit Akaun JANM Perak di talian 05-2462100 sambungan 124/123/122.

7. Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

"Pertingkat Inovasi Terokai Transformasi Kuasai Globalisasi"

PENGARAH
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK