rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

 

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5( 16 )

Tarikh     :  26 Julai 2019

 

Semua Ketua Jabatan Persekutuan / 

Ketua Pusat Tanggungjawab 

YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan

 

PERINGATAN: LARANGAN PENGGUNAAN MESIN DEPOSIT TUNAI/CEK (CASH DEPOSIT MACHINE-CDM) UNTUK KUTIPAN HASIL TERIMAAN

 

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

2. Selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil 3 Tahun 2019, semua Pejabat Pemungut di setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ ) tidak dibenarkan untuk membuat atau menerima sebarang transaksi terimaan melalui saluran Mesin Deposit Tunai (CDM).

 

3. Sehubungan dengan itu, semua Pejabat Pemungut adalah DIWAJIBKAN untuk mematuhi arahan ini dan memastikan pelanggan yang melaksanakan pembayaran urusniaga terimaan hasil menggunakan Mesin Deposit Tunai dihentikan dengan serta merta. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi,Pejabat Pemungut perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan memperakaunkan hasil kerajaan ke vot dengan tepat.

 

Sekian, terima kasih. 

 

UNIT PENGURUSAN DANA

JANM NEGERI PERAK 

26 JULAI 2019