Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 ARAHAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2023

Ruj.Kami : ANM.PK.G.600-1/1/2 JLD.5 (14)
Tarikh : 31 MAC 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan/ Ketua Pusat Tanggungjawab
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan,

ARAHAN PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI TAHUN 2023

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA.800-3/2/4(24) bertarikh 23 Mac 2023 - Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023, surat Kementerian Kewangan Malaysia, MOF.600-40/3/3 JLD2(S)(2) bertarikh 24 Mac 2023 - Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 kepada Individu Contract For Service serta Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 2 Tahun 2023 – Peraturan Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 adalah berkaitan.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) tahun 2023 berjumlah RM700.00 akan dibayar kepada pegawai yang layak tertakluk kepada surat Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibayar bersekali dengan bayaran emolumen bulan April iaitu pada 17 April 2023 (Isnin).

3.      Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ Tuan/ Puan adalah diminta mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan dengan merujuk kepada surat ANM.PK.G.600-1/1/2 JLD.5 (14) bertarikh 31 Mac 2023 - Arahan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2023 seperti di lampiran.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI PERAK

1) Surat BKKA tahun 2023

2) Surat JPA BKKA Tahun 2023

3) Surat-Edaran-Bantuan-Khas-Kewangan-Aidilfitri-Tahun-2023-Kepada-Individu-Contract-For-Service

4) FINAL SPANM BKKA TAHUN 2023

5) FAQ - BKKA TAHUN 2023