Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 MAKLUMAN HARGA BAHARU WPUA MALINDO AIR UNTUK SEKTOR DOMESTIK DAN ANTARABANGSA BAGI TEMPOH 01 FEBRUARI 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023

Ruj. Kami : ANM.PK.D/600-2/5 Jld.2 (36)
Tarikh : 28 Mac 2023

Semua Ketua Jabatan Persekutuan /
Ketua Pusat Tanggungjawab

YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

MAKLUMAN HARGA BAHARU WPUA MALINDO AIR UNTUK SEKTOR DOMESTIK DAN ANTARABANGSA BAGI TEMPOH 01 FEBRUARI 2023 SEHINGGA 31 DISEMBER 2023

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan Batik Air yang dahulunya menjalankan perniagaan sebagai Malindo Air menawarkan harga baharu Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) termasuk terma dan syarat penempahan bagi sektor domestik dan antarabangsa untuk semua penjawat awam berkuat kuasa 01 Februari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

3.      Untuk makluman pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, sebagai makluman tambahan:

     a. 6 kelas (Y,A,W,S,B,H) untuk harga ekonomi WPUA ditawarkan bagi sektor domestik;
     b. untuk sektor antarabangsa ditawarkan harga semasa Y,A,W (Kelas Ekonomi) dan C, J (Kelas Perniagaan);
     c. terma dan syarat yang sama terpakai untuk semua kelas tempahan Ekonomi dan Perniagaan, hanya harga yang membezakan setiap kelas tempahan; dan
    d. komisen agen kekal 7%.

4.      Sehubungan dengan itu, disertakan lampiran harga beserta terma dan syarat untuk rujukan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.

Sekian, terima kasih.

UNIT PENGURUSAN DANA
JANM NEGERI PERAK

1) MALINDO AIR